Selasa, 10 Januari 2012

stress..manfaat dan mudarat...


  • stress ialah reksi tabii tubuh badan kita terhadap rangsangan fizikal dan emosi.
  • stress berlaku apabila unsur-unsur yang mendesak atau menekan melebihi keupayaan kita untuk menanganinya.
  • oleh sebab itu,stress adalah fitrah manusia. maksudnya..stress adalah keadaan yang pasti berlaku dalam diri manusia.
  • Allah berfirman yang bermaksud : "Sesungguhnya manusia dijadikan bertabiat resah gelisah. Apabila ditimpa kesusahan dia berasa keluh kesah. Dan apabila mendapat kesenangan dia menjadi bakhil." (Surah Al-Ma'rij : 19-21 ).
  • stress bukan untuk dihapus, tetapi untuk diurus.
  • pakar-pakar telah membahagikan stress kepada 2 bahagian :
         # EUSTRESS : ia terkawal dan membawa manfaat.
         # DISTRESS  : ia berlebihan dan membawa mudarat.
  • setiap manusia ini akan nampak ruginya apabila hidup tanpa stress. kita akan diumpamakan mati sebelum benar-benar mati. mati sebelum benar-benar mati?? macamana tu?? 
  • kata ahli hikmah, kita hanya umpama bangkai bernyawa apabila tidak ada apa-apa lagi yang ingin diperjuangkan dalam hidup.
  • stress adalah sebahagian "bahan api" yang menjadi penggerak kepada kenderaan dalam kehidupan kita.

MANFAAT STRESS :

  • stress akibat takut gagal, menyebabkan kita bangun berusaha dengan lebih gigih.
  • stress akibat hubungan kita ynag tidak mesra dengan ibu bapa, menyebabkan kita bertindak meminta maaf, berterus terang dan melakukan tindakan-tindakan positif bagi membetulkan keadaan.
  • stress kerana jahil akan mendorong seseorang itu bangun untuk menimba ilmu.
  • stress kerana merasakan diri berdosa akan mendorong orang yang masih ada sekelumit iman dalam hati beristighfar, bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan berazam tidak akan mengulangi dosa silam.
  • stress kerana merasakan diri tiada pencapaian akan memotivasikan diri berusaha meraih kejayaan dalam hidup.
  • stress kerana melihat perbuatan munkar berleluasa akan menyebabkan jiwa memberontak ingin melaksanakan amar makruf nahi munkar.
  • stress kerana didiagnoosis ada risiko kesihatan akan menyebabkan si pesalit berusaha menjaga pemakanan dan melakukan pelbagai usaha untuk menyembuhkan.

MUDARAT STRESS :

  • stress melebihi dos akan menimbulkan keletihan bagi jiwa dan menyebabkan perasaan lelah.
  • kalau jiwa tidak dibawa istirehat..dipaksa terus bekerja dengan pelbagai kerisauan..maka jiwa itu akan lemah dan akhirnya akan mati.
  • stress penyebab kepada pelbagai penyakit kronik.
  • 70% orang pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital berpunca dari penyakit stress.
STRATEGI MENANGANI STRESS : 

  • muhasabah diri
  • atur penguruskan masa dengan baik
  • tidak tinggal solat
  • yakin boleh hasilkan kejayaan
  • buat sesuatu yang baik untuk orang lain
  • menangis atau menjarit...ikut kepuasan masing-masing :)

0 ulasan: