Sabtu, 11 Ogos 2012

SEMAKIN MATANG

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh ..

Dah berzaman tak mengupdate blog ni..kenapa?sebab tak tau nak story apa..tapi kenapa aku nak tulis something hari ni? sebab ada sesuatu yang aku nak kongsikan...

Sudah hampir setahun aku bersama 1jemaah ini..aku terasa banyak perubahan terhadap diri aku..aku merasakan aku semakin matang walaupun  kekadang kebudak-budakkan..sekarang aku dapat melihat rakan2 sebaya aku jauhh lebih matang dari aku..kenapa aku tidak?mungkin sebab keadaan sekeliling yang tidak mendidik aku untuk menjadi lebih matang..

Dalam jemaah ini juga aku telah belajar banyak benda..bagaimana untuk orang yang berani untuk kehadapan..bagaimana untuk menjadi orang yang lebih berfikiran terbuka..bagaimana untuk menjadi orang yang peka terhadapa keadaan sekeliling dan isu2 semasa..bagaimana untuk menjadi orang yang berkempimpinan..bagaimana untuk menjadi orang yang mengambil berat tentang keadaan umat Islam sekarang..bagaimana untuk menjadi seorang ketua..bagaimana untuk menjadi orang yang bertanggungjawab..dan BANYAK lagi..

BAGAIMANA AKU BELAJAR SEMUA INI? AKU BELAJAR DARI PENGALAMAN DAN PENGLIHATAN..TAPI YANG LEBIH PENING IALAH RASA INGIN BELAJAR SESUATU AMAT PENTING..BARU AKAN DAPAT SEMUA INI..SEMUA INI BUKAN DARI SEORANG GURU DI SEKOLAH KERANA SEMUA INI TIDAK AKAN DAPAT DI SEKOLAH !

Aku bersyukur padaMu ya Allah kerana menemukan aku dengan PEPIAS...banyak yang aku belajar darinya..semua ini telah mematangkan aku.. Alhamdulillah.. 



terima kasih kepada yang telah banyak mengajar aku :)

Isnin, 2 April 2012

tempat kerja baru :)

assalamualaikum w.t.b.......................... :D

salam 1 malaysia..salam 1 agama..salam 1 keluarga... yeah!!
aku rase blog aku ni dah macam rumah usang dah gayenye..orang nak buat blog..aku sibuk nak buat blog jgk..pstu x reti2 nak update blog ni..kesian gler blog aq dpt tuan mcam aku..HAHAHAHA..xpe2..sabar yee blog ku sayang.. :)

hari ni aku just nk cter bgaimana aku kt tmpt kerja baru aku..skng aku brtugas pmbantu tdbir di bhgn pentadbiran International Institute Islamic Thought and Civilization (ISTAC) .. gler gmpat tmpt krja aku..cam kt erope tau design bngunan istac nih..

nak letak gmbr...x bwk cmre lak..bb aku lak wat hal..tggu masa jee nk msok tongsmpah..haha..
ok laa...tu shje utk hari ni..bnyk kje lagi nii..hehe.. salam~ ^_________________________^ 

Jumaat, 16 Mac 2012

thnkz adik nabihah~!!! jasa mu akan ku kenang sampai bila2x :D

dah lama giler babeng aku tak update blog aku..maaf laa yerk..baru pas RENOVET blog ni...
tadek pee yg nak aku cter..just korang perlu tahu yg hari ni last paper final exam aku..yahoooooooooo..
SERONOK GILER AKU hahahaa,,exam lepas telah berlalu dengan jayanya (berjaya ke??) so tinggal
1 je lagi paper trakhir aku ni..ajajaa go fighting syamim~!!!


haaa....nak sambung sal adik nabihah yang tolong editkan blog aku ni.. thnkz ye dik tolong abg..thnkz sangt2... soe laa abg ni kalau bab2 blog ni..memang lemah skit..sbb adk laa..waaa...blog da brubah..suke2.. sebab nmpk simple..dan cun..putih lak tu.. :D 
haaaaaaaa...ni blog adik aku sorg nih..lawaa blog diaa.. --------> http://bintuzainal14.blogspot.com/
takpee dah kot..saje je tibe2 rase nak menaip kat belogg aku nih..xdk modal pon sebenanrnye..

DOAKAN FINAL EXAM SAYA -----------> 4 FLAT IN THIS SEM !!


TERIMA KASIH ADIK NABIHAH ------------> ABANG XKN LUPEKAN ADIK SBB TLG ABG!


ok guys..thts all for today.. ASSALAMUALAIKUM~

Rabu, 15 Februari 2012

usrah wida' pepias bangi

berakhirlah sudah usrah wiad' kami pada isnin yang lepas..bersamaan dengan 13/2/2012..
sedihnyeeeeeeeee...cepat betul masa berlalu..banyak kenangan telah tercipta diantara kami semua..
lam usrah ni laaa aku dapat kakak..dapat abang..dapat adik..senang citer kami ni big family laa..
aku klu gi mne2 pon..msti diorg ni pon ada dalam kepala otak aku ni..haha..diorg an family kedua aku..
tapi masa mencemburui aku..sekarang kami semua akan menghadapi final exam pada 27/2/2012..
huh...x lama lgi..hope korang yang mmbaca ni..doa2laa untuk kami ye..thnkz..syang korg gak :)
pas ni mybe kami x dapat berkumpul dlm usrah lgi..utk brkongsi ilmu dan sbgainya..tp utk wat smentara waktu laa..kmi akan brkumpul lgi pada sem dpn..hmm lama lgi laa..tp..pas final exm kami ada rehlah kat melaka..yahooooooooooo... :))suke3x...
ni laa gmbr2 trakhir yang dapat diambil sebelum berpisahnyaa kmi malam tu..




huaaaaaaaaaaaaaaaa :'(
rase nak nangis jee tgk gmbr ni..kite jmpe lagi sem depan yee...
SAYA SAYANG SEMUAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA :)

Khamis, 19 Januari 2012

PETUA IMAM SYAFIE..!

PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)

Kalau sudi..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal.
♥sharing is caring ♥

Sabtu, 14 Januari 2012

20 ADAB BERBUAL


1. Semua perbualan haruslah bertujuan kebaikan. “Barangsiapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” (HR Bukhari Muslim)

2. Jelas dalam perkataan. “Bahawasanya perkataan Rasulullah SAW itu selalu jelas sehingga mampu difahami oleh semua yang mendengar.” (HR Abu Daud)

3. Tidak berbual kosong dan bercakap besar. “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari kiamat ialah orang yang banyak perbualan sia-sia dan berlagak dalam berbicara.” (HR Tirmizi dan dihasankannya).

4. Tidak terlalu banyak cakap kerana khuatir membosankan yang mendengar.
“Ibnu Mas’ud r.a. senantiasa mengajar kami setiap hari Khamis, maka berkata seorang lelaki: ‘Wahai Abu Abdurahman (gelaran Ibnu Mas’ud)! Mahukan anda mengajar kami setiap hari?’ Maka jawab Ibnu Mas’ud : ‘Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir ia membosankan kalian, kerana akupun pernah meminta yang demikian pada Nabi SAW dan beliau menjawab khuatir membosankan kami.’” (Muttafaq ‘alaih)

5. Mengulangi kata-kata yang penting jika perlu. Daripada Anas r.a. bahawa Nabi SAW jika berbicara maka baginda SAW mengulanginya 3 kali sehingga semua yang mendengarkannya menjadi faham, dan apabila baginda SAW mendatangi rumah seseorang maka baginda SAW pun mengucapkan salam 3 kali. (HR Bukhari)

6. Menghindari ucapan yang batil.  “Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredhai Allah SWT yang ia tidak mengira akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh Allah SWT keredhaan-Nya bagi orang tersebut sampai nanti hari Kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai Allah SWT yang tidak dikiranya akan demikian, maka Allah SWT mencatatnya yang demikian itu sampai hari Kiamat.” (HR Tirmizi dan ia berkata hadis hasan sahih juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah).

7. Menjauhi perdebatan sengit. “Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat.” (HR Ahmad dan Tirmidzi)
Dan dalam hadis lain disebutkan sabda Nabi SAW: “Aku jamin rumah di dasar syurga bagi mereka yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bergurau, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaknya.” (HR Abu Daud).

8. Menjauhi kata-kata keji, mencela dan melaknat. “Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.” (HR Tirmizi dengan sanad sahih)

9. Menghindari banyak bergurau. “Sesungguhnya seburuk-buruk orang di sisi Allah SWT di hari Kiamat kelak ialah orang yang suka membuat manusia tertawa.” (HR Bukhari)

10. Menghindari menceritakan aib orang dan saling memanggil dengan gelaran yang buruk. “Jika seorang menceritakan suatu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.” (HR Abu Daud dan Tirmidzi dan ia menghasankannya)

11. Menghindari dusta. “Tanda-tanda munafik itu ada 3, jika ia bicara ia berdusta, jika ia berjanji ia mengingkari dan jika diberi amanah ia khianat.” (HR Bukhari)

12. Menghindari mengumpat dan mengadu domba. “Janganlah kalian saling mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji, dan janganlah kalian saling menghindari, dan janganlah kalian saling mengumpat satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (Muttafaq ‘alaih)

13. Berhati-hati memuji dengan niat membodek, berdasarkan hadis Nabi SAW dari Abdurrahman bin Abi Bakrah dari bapanya berkata: Ada seorang yang membodek orang lain di depan orang tersebut, maka kata Nabi SAW: “Awas, kamu telah mencelakakan saudaramu! Kamu telah mencelakakan saudaramu!” (2 kali), lalu kata baginda SAW: “Jika ada seseorang ingin memuji orang lain di depannya maka katakanlah: Cukuplah si fulan, semoga Allah mencukupkannya, kami tidak mensucikan seorangpun di sisi Allah, lalu barulah katakan sesuai kenyataannya.” (HR Muttafaq ‘alaih dan ini adalah lafaz Muslim). Dan dari Mujahid dari Abu Ma’mar berkata:  Berdiri seseorang memuji di depan Miqdad bin Aswad secara berlebih-lebihan, maka Miqdad mengambil pasir dan menaburkannya di wajah orang itu, lalu berkata: Nabi SAW memerintahkan kami untuk menaburkan pasir di wajah orang yang gemar membodek. (HR Muslim)

14. Penolakan terhadap sesuatu yang tidak dipersetujui haruslah dalam keadaan tetap menghormati, suara yang lembut serta tidak meninggikan suara.

15. Penolakan harus penuh dengan dalil dan nasihat. 

16. Penolakan hendaklah dimulai dengan menyampaikan sisi benarnya terlebih dahulu sebelum mengomentari yang salah.

17. Penolakan tidak bertentangan dengan syariat.

18. Hal yang dibicarakan hendaknya merupakan hal yang penting dan dapat dilaksanakan dan bukan sesuatu yang belum terjadi.

19. Ketika menolak hendaknya dengan memperhatikan tingkat ilmu lawan bicara, tidak berbicara di luar kemampuan lawan bicara yang dikhuatirkan menjadi fitnah bagi diri dan agamanya.

20. Saat menolak hendaknya menjaga hati dalam keadaan bersih, dan menghindari kebencian serta penyakit hati.    

Khamis, 12 Januari 2012

MERANA AKIBAT DOSA !!









 MELAKUKAN dosa membuatkan seseorang merana di dunia dan akhirat. Ada orang kata dosa adalah soal peribadi masing-masing, buat masing-masing tanggung, jaga kubur masing-masing.
Tidak betul kata-kata itu kerana kubur kita nanti orang lain gali sementara kubur orang lain kita juga yang kena uruskan. Maknanya dosa yang kita lakukan boleh menyusahkan orang lain.
Contohnya, peminum arak rasa itu perbuatan peribadi, duit dia dan kalau mabuk dia yang terhuyung-hayang. Memanglah benar duit dia tetapi jika sudah mabuk mereka terdorong melakukan perkara di luar batasan seperti melanggar orang ketika memandu di jalan raya, berzina atau sumbang mahram.
Lihatlah betapa pelakuan dosa kita itu amat keji. Berikut adalah kesan bahaya kepada seseorang jika banyak melakukan dosa antaranya:

    Dicabut daripadanya cahaya dan seri keimanan terutama apabila melakukan dosa besar. Muka yang tidak pernah dibasahi air wuduk boleh hilang serinya. Wajah itulah yang bakal menerangi anggota wuduk di akhirat nanti.

    Tertutup daripada kebenaran. Maknanya seseorang yang melakukan dosa tahu mana baik dan buruk tetapi tak ikut kebaikan, dia tahu yang buruk tetapi tidak dapat meninggalkannya.

    Hilang rasa spontan terhadap amal kebaikan dan ganjaran serta tawaran pahala. Mereka tidak menginginkan syurga dan apabila disebut neraka mereka tidak berasa takut malah mengejek pula mereka masuk neraka bukan seorang.

    Berat dan payah beramal sebaliknya mudah apabila diajak melakukan dosa dan maksiat. Menurut ibnu al-Qayyim, sesiapa yang melakukan dosa ketika malam, dia amat berat untuk melakukan amal pada siang kerana dosa yang dilakukan pada malam menghalang beramal dan begitulah sebaliknya.

    Dosa membuatkan hati jadi keras dan degil. Mereka amat susah untuk mendengar nasihat. Mereka boleh menasihati dan menegur orang tapi sangat berat apabila ditegur. Suka berbalah dan tidak menghormati orang lain dan bahasa yang digunakan kasar serta tidak menghormati perasaan orang lain.

    Dosa derhaka kepada orang tua boleh berjangkit kepada anak-anak. Allah pasti membalas dengan tindakan anak yang menyakitkan hatinya sebagaimana dia menyakiti ibu bapa suatu ketika dulu.

    Dosa menjadi hijab doa payah diterima Allah. Ada riwayat menyatakan sesiapa makan makanan haram, doanya tidak diterima Allah selama 40 hari.

     Dosa penyebab turunnya bala Allah. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya, apabila nampak sangat zina dan riba, sesungguhnya mereka mengizinkan Allah menurunkan azab.